Humaira: Saya sudah berusia 9 bulan!!!
Hari Ahad yang lepas, saya telah dibawa oleh Mama & Papa pergi membeli barang-barang keperluan harian di Carrefour Alamanda. Malam sebelumnya, kami bermalam di rumah Tok Mama saya di Shah Alam. Sebelum bertolak ke Putrajaya, Mama telah meminta Papa untuk singgah ke kedai cermin matanya di Seksyen 9 kerana cermin mata Mama sedikit bermasalah. Lensanya telah terkeluar sedikit dari bingkai cermin mata akibat selalu ditarik oleh saya.
Ramai benar orang di Alamanda hari itu sehingga tempat letak kereta yag pertama kami cuba masuki telah ditutup kerana penuh. Kami cuba mencari di satu lagi sayap tempat letak kereta Alamanda dan nasib menyebelahi kami kerana ada satu tempat kosong di situ. Oleh kerana Mama memberitahu Papa yang dia sudah terlalu lapar, kami terus ke Kenny Roger’s untuk makan lewat tengahari.
Silakan melihat gambar-gambar saya yang diambil oleh Papa di bawah ini. Oh, hari Sabtu lepas, usia saya telah genap 9 bulan!!!
Mama kata, akhirnya malam ini entri ini berjaya juga dipos. Sudah 2 minggu kami menerima servis rangkaian yang sangat teruk daripada Wi.Max. Papa baru sahaja menghantar email komplen kepada mereka. Sekarang ini kami melayari Internet menggunakan Celcom Broadband sahaja. Lebih laju berkali ganda daripada Wi.Max.
Mama kata entri Medan akan cuba dia sambung tidak lama lagi. Sampai sini sahaja. Jumpa saya lagi di lain waktu.
Salam sayang daripada saya – Humaira Mohd Faiz






dah besar dah dia.. makin comel.. tak tahan tgk muka bosan maira jr dlm troli tu.. hihi
dah makin besar dan makin buas niii dah pandai bosan. cikgu kat nursery cakap baby lelaki yang lain pun kena buli dengan dia ni. hihi.
hahaha
yup muka bosan xigt..ahahahaa..
and yes..dah besarrr
p/s : kamu skrg sgt mak2 laa makcikkk..ahahaha*love u lots*
sheraaaaaaa!
anyway macam muka aku tak muka bosan tu?
memanglah mak2 babe.. tapi mak2 yang muda & vogue kan? hehehe
*i love u lots n lots too* mwaaaahhh
comel la budak kecik ni, makin manis…
cik fiza – manis manis ni pon buas gak ni.hihihi
cik ja cayanggg maira…muahhh…
tq cik ja. bila nak jumpa maya ni?
Comelnya entry ni Mizah!!! Eee geram nya tgk pipi Maira, mcm nk kiss2 je
tenkiu babe! hai aku ni tak menyempat2 nak buat entry baru. maybe this week ok!
Baby Humaira, suruh la mama update entry Medan tu.
aunty tunggu entry tu tau… hehee…
suke lah tengok 4th pic Humaira tuu!!