Skip to content

the not so emotional entry

July 31, 2006

hari ni first day puasa. soo letih.🙂 berbuka mee bandung kakak masak.

tapi siang tadi berlaku satu situasi yang menggeramkan & menyakitkan hati. grrr!! aku pergi bus stand belikan tiket bas for my maid. lepas tu tah kenapa harini kusut giler kelam kabut aku boleh tersilap cakap nak beli tiket for tomorrow. patutnya thursday. dah teringat, aku cakap balik pakcik kat kaunter tu ‘pakcik, silap harilaa..kamis!’. ni bermula episod geram aku. dia kata tak boleh tukar sebab dia apekebenda dah punch dalam komputer bla bla tah aku tak dengar bising giler kat bus stand. sooo dah bertekak sekejap, aku bagi lagi RM20 untuk tiket baru. pakcik tu cakap tiket yang silap tu tinggalkan kat situ. bila dah ada orang beli dia pulangkan duit aku sok. aku pun ok la.. dan time ni aku boleh TERLUPA aku dah bayar RM20 utk tiket silap tadi. (so aku dah bayar RM40, but aku tak ingat..aku mmg giler!) lepas tu, pakcik tu mintak lagi RM20 sebab dia cakap yg awal tadi tak bayar lagi. aku pon bengong gi kasi RM20 lagi (at this time aku dah pikir ‘aik bape banyak aku dah bayar ni) dan aku check purse aku, aku memang ingat ada 6 keping Rm10 notes. baru aku tringat aku dah terlebih bayar ni. mula-mula aku cakap elok2 kat pakcik tu macam kesian tengok orang tua tu. bla bla bla..dia mati-mati cakap ‘awak bagi RM40 je td, pakcik ingat’. helo pakcik, lepas tu memang aku bertekak dengan pakcik tu aku rasa ramai je yang tengok aku tinggi-tinggi suara. geram gilerrr.. aku sampai terangkan satu-satu dari mula-mula aku cakap nak beli tiket sok, pastu dia hulur tangan mintak duit, aku bagi duit, pastu aku cakap ‘pakcik..silap bukan hari ni’ bla bla bla..finally dia mengalah pulangkan RM20. aku rasa pakcik tu tak ingat dia dah ambil RM60 dari aku. mula-mula ku macam musykil jugak dengan pakcik ni nak menipu ke apa.. tapi pastu aku pikir orang tua kan, dia dah lupalah ni..

dan yang paling best lagi, balik rumah aku kasi maid aku tiket – ‘kakak, ni along beli hari khamis ni, betulkan?’ rupa-rupanya bukan hari khamis, tapi hari jumaat dia nak balik. geram tak?? geram sangat!!!! membazir lagi duit. kena beli tiket lain. walaupun cash abah yang kasi, saya dah rugi.. kalau tak i can keep the balance!!!! grrrr!!!

ya itu dia cabaran yang aku hadapi di hari pertama puasa..🙂 seronok tak membaca?

baru lepas guna Osim iSqueeze massager. my mum bought it baru-baru ni. and i hope, in a few weeks time..hahaha..(gelak dulu!) my betis akan jadi lebih kurus dan kecil dan tidak lagi seperti bunting padi..yeahhh!!😀

ok, wanna watch LOST season finale tonite.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: