Skip to content

kita hanya mampu merancang..

September 2, 2006

wahhh..quite a while since my last entry kan. hehe. a lot of things happened lately. a few were very good things, the rest were not so good ones.

the very good news – Alhmdulillah.. i finally got the job at RHB Bank. as an HR Exec. and i’ll be in the same department with Sh Nurul Iza (yeay!!!). Iza pun HR Exec jugak, but we wont be in the same section. tapi takpelah, janji satu dept. im sooo happy for both of us. and Dila geng UTMku yg gile-gile pun di HR Dept. jugak. she has just started working there yesterday.

itu berita baik aku terima hari rabu lepas. pelbagai dugaan tau sejak aku dapat tau aku berjaya dapat kerja ni..

semalam, terjadilah beberapa perkara yg menguji kesabaran dari pagi hingga ke petang. eceewah. paginya, pergi RHB Bank near my place nak buka account. tapi sangat geram, tak boleh bukak sebab something wrong dengan my IC, tak boleh scan thumb print. particulars keluar di komputer, tapi thumb print tak keluar. lepas dah bincang-bincang dengan officer dekat situ, aku pergi pulak JPN, check IC kat sana. rupanya memang thumb print kat IC tu ada problem. nak dipendekkan cerita, aku setuju je buat IC baru. lepas tu, bila ambil gambar, tudung kaler cerah sangat pulak. kena tukar tudung, aku balik rumah cepat-cepat tukar tudung gelap sikit. masa tu dah 11.50am. lepas tu pecut semula JPN sebab tutup pukul 12.15. ok, tu selesailah satu masalah. tapi, ada masalah baru sebab nak buka account kena pakai IC scan mak nenek semua. IC aku dah org JPN amik, dia kasi dokumen pengenalan sementara. soooooo, sekarang tak tau macam ni. tunggu nanti dah report duty kat RHB baru setelkan balik semua.

petangnya, around 2.30pm, pergi KL dengan abah nak buat medical check-up. lecehlah RHB ni nak kena buat med check-up kat tengah KL yg sesak tu. dalam jammed tu, sampai area LRT Masjid Jamek dekat 3.50pm. abah drop kat tepi jalan and tunggu depan sikit sementara aku gi cari Klinik Yong kat MBSB Building tu. ok, masuk klinik, isi form, bagi urine, buat blood test, x-ray, check mata, last sekali jumpa doc. i didnt like the chinese doc tu. buekss! dan sebab dialah, aku tak boleh report duty isnin ni. nak tau kenapa? ingat lagi kan dulu yang aku kena warded for an operation tapi tak jadi tu? aku pun tak expectlah pulak bila aku cerita pasal tu, dia boleh meng’gagal‘kan medical report aku ke RHB. doc kate ‘u hv to get it remove as soon as possible. i wont allow u to start work unless bla bla the employer is very strict about this bla bla..’ the clinic terus fax the medical check-up result ke RHB. aku keluar dari klinik dengan perasaan sedih gilerrr dah bergenang air mata tu tapi aku tahan je . keluar je pintu MBSB tu, HR staff RHB call, bagi tau yg dia dah terima result aku & doc tu tulis aku ‘unfit to report for duty‘. aku MEMANG frust gilerr hampir nak nangislah masa cakap dengan dia. she told me not to worry, jangan sedih sangat, take some time to think & plan betul-betul apa aku nak buat bla bla. dia kata kalau boleh aku gi operate a.s.a.p and call dia balik isnin ni. masa aku berjalan balik ke kereta, berair dah mata ni tapi tahan cos kereta banyak kiri kanan. masuk je kereta, mengalirlah air mataku tak henti-henti . (hehehe.. dah besar-besar pun nangis depan abah ) on the way balik, kejap-kejap ok, pastu nangis balik. ok, pastu nangis balik. sangat SEDIH tau korang!!!!!! abah pun macam serba-salah tengok aku.

kesian sayangku, berdebar tunggu aku sampai rumah sebab aku cuma sms dia bagitau ada berita kurang baik. aku tak kasi call takut nangis makin teruk nanti dahlah ada abah. sampai rumah, terus call sayang. nangis lagi, lagi teruk sampai teresak-esak. malam tu tertido dalam tangisan. tengah malam terjaga balik bila sayang call, nangis lagi. menangis jelah dr petang sampai tengah malam. sangat-sangat sedih aku tak boleh fikir apa nak buat.

pagi ni, masa breakfast, abah & mak ajak pergi seremban specialist hosp. check balik semua & kalau boleh buat operation cepat-cepat. kat sana, tunjuk surat kat kaunter, nurse suruh pilih doc mana nak jumpa. aku pilih surgeon yg on call hari ni, Dr Lee. ada 3 org general surgeon, semua lelaki. 2 chinese, sorang malay. terus jumpa dia. nasib baik, doc tu very nice & friendly. dia check, bincang-bincang bla bla bla.. terus ok, monday ni, 8.30am buat operation. aku OPERATE isnin ni! saya SANGAT takut!! after that, pergi buat ultra-sound, cos doc cakap nak tengok kalau-kalau ada any other ketumbuhan yg tak dapat rasa. alhamdulillah takda pun yang lain-lain. balik rumah, rasa macam tak percaya. guys, please pray for me .

moga-moga dugaan di hari-hari mendatang dapat aku harungi dengan tabah dan sabar. apa yg berlaku ni semuanya tak aku sangka. aku tak tau hari esok macam mana. apatah lagi minggu depan atau bulan depan atau tahun depan. kali ni baru aku betul-betul sedar, kita cuma mampu merancang, in the end semuanya Allah yang tentukan. aku tak sangka rupanya aku takkan datang lapor diri isnin ni. juga tak sangka secepat ni aku akan buat operation ni.

tolong doakan kesejahteraan saya ye.

p/s: akan tukar new layout tak lama lagi, thank u soooo much to my dearest anem

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: