Skip to content

after a loooong silence..acah je!

September 20, 2006

helo everybody!!!

mula-mula nak cakap…saya sangat penat!!!

pleaseeeeeee.. kerja dah mula banyak dah, even on the first day. lagi-lagi time dah nak masuk gaji ni. ohh ok, firstly citer pasal my first day of work. kelam-kabut giler pagi tu sebab yelah, selalunya sesudah solat subuh membuta balik, ni dengan mata ngantuk-ngantuknye gi mandi pastu terkejar-kejar nak breakfast.. pastu pagi tu jugaklah mata sakit pulak dah pakai contact lens bukak balik..bla bla tup-tup jam dah pukul 7.35. mula-mula rilek jela sebab budget half an hour je kalau pecut, sekali jammed giler kat highway from senawang to seremban, adalah dekat 20 minutes stuck kat situ. lepas je toll seremban, dah pukul 8.10. masa tu pikir ‘ni tak boleh jadi’, dahlah memang akak HR tu dah pesan jangan datang lambat, dengan dengar citer boss kitorang SANGAT particular tentang KETEPATAN MASA. 8.45 make sure dah sampai kat ofis. dan memang pecut giler dari seremban ke toll kajang 20 minutes je. memang nak terbang la kereta tu.. alhamdulillah selamat sampai sebelum 8.45. jumpa akak HR, sign agremeent mak nenek semua, pastu masuk jumpa boss. boss sangat strict, saya cuak. bla bla bla boss abis cakap, section head Mei Ling bawak round kenalkan dengan semua orang. selepas tu, bermulalah kerja saya sebagai HR Executive di RHB. saya sangat seronok sebab ada Dila & Iza kat situ, dahlah diaorang duk meja depan-depan. pergi makan bertigalah, nasib ada geng yg best! kitorang bertiga dalam HR Services Dept, Iza & Dila satu unit – System Support, aku unit lain. and to Cik Wanie, u r very right! i soooo love working there..hehe. tapi sangat banyak kerja, especially my unit. banyak lagi nak cerita but i think later on la kan.. oh ye saya memang kalut sampai password email RHB pun boleh LUPA! dah tu tak boleh nak masuk portal nak tengok benda-benda mak nenek receive mail nak buat kerja pun susah. dan kena report kat IT dan tunggulah beberapa hari baru boleh nak guna email..

oh ye, on the first day masa tengah kalut-kalut nak naik lif, ternampak my UTM mates nadiya yunie & isma kat lobby. rupanya diorang nak buat assesment for IT Trainee. tapi nadiya sangat terer sebab right after that, dia terus kena buat writing test for HR (mcm kitorang dulu) mcm ada kemungkinan besar je dia nak dapat kerja kat situ jugak. hehe, insyaAllah…

haa satu lagi nak cerita, balik kerja Isnin petang tu, terus demam. mula-mula dah sakit kepala dari dalam ofis. pukul 3 ptg je dah mula berdenyut-denyut kepala ni ( maybe sebab ngantuk nak tido..pukul 3 di rumah selalunya saya membuta.. :p ), balik ofis tu drive dalam keadaan lemah longlai. sampai rumah mandi basuh kepala, tak hilang jugak sakit ni. telan panadol 2 biji, call my mum. dia ke k.kangsar dengan abah. mak kata minum susu terus tido. tapi lepas minum susu, saya muntah. teruk jugaklah malam tu. pukul 10.30 dah tido dengan towel lembap kat kepala.

ohh satu lagi, Dila dah beli Gen-2! sorry Dila aku heboh kat semua orang (she doesnt read my blog, i know..hahaha!)

itulah kisah saya hari pertama bekerja. eceewaah!

oklah, dah pukul 8.50. penat tau, barulah tau betapa penatnya korang-korang yang bekerja ni. aku dapat membayangkan betapa bz minggu-minggu mendatang dan bulan mendatang. tak sempat nak tengok tv nak online macam selalu. semalam tak bukak pc langsung. maybe after this 2 hari sekali je online utk cek mail & if sempat dan ada kudrat nak update blog (eceehh..) insyaAllah..

pray for my success..

p/s: tadi Iza cakap aku under weight.. aku rasa dah penat-penat kerja ni lagi laaa aku bertambah kurus kering.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: