Skip to content

‘tragedi oktober’ tahun lalu

October 3, 2006

dah lebih seminggu dah kita puasa. alhamdulillah..setakat ni setiap hari berlalu dengan tenang dan baik-baik saja. walaupun setiap hari balik ofis jalan jem. dan dah bulan october dah pun.. kejap je tahun ni berlalu. ingat lagi, time-time bulan 10 mcm nilah, kita (read:ecah, wanie & the gang) bertungkus-lumus nak siapkan final yr project. kalau kat kolej dulu, malam-malam jenguk bilik atin-umie & sue-meon, biasanya tak ber’orang’ atau berkunci. sebab diaorang rajin pergi lab, bersejuk-sejuk sampai lewat2 malam. ( eceeh ye ke? ) yg pasti, bilik ecah & wanie dan addib & payat memang ber’orang’ je. dan juga bilik aku (akulah ‘orang’nya!) pastu kadang-kadang, boleh tak nampak batang hidung pun sehari suntuk. (sueanim especially hehe..) bila dah habis present semua, riuh pulak nak menjilid tesis. sampai ‘berkampong’ kat kedai doubleA tu.. acah jek. hehe. lepas tu, dah hantar tesis setel semua, masing-masing khusyuk menonton cerita korea (jang geum dan apekebenda tah korang tengok) dan naruto di pc masing-masing. yg pasti aku tak sempat pun habiskan berbelas-belas episod citer stairways to heaven tu. ohh satu lagi kisah yg mengharukan masa tengah bz setelkan tesis – kisah spec aku jatuh dalam jamban. AGAIN! ( kedua kalinya selepas jatuh dalam jamban kat SSP masa form 1 dulu) percaya tak, aku nangis2 telefon ayah aku cakap spec jatuh. ( spec longgar k.. ) lepas tu, nangis2 call faez pulak. kat korang aku ada nangis tak ecah?? hahaha.. bayangkanlah umur dah 22 tu! gelakkan mizah.. sedih sangat sebab jadi buta tau beberapa hari. takkan nak pakai contact lens sepanjang hari kan.. dahlah sampai 3 kali buat spek, sbb power spec tak betul. dahlah lama nak siap sebab power spec yg terlalu tinggi, kena order la mak nenek semua.. dahlah tengah tension siapkan tesis. memang menguji kesabaran.. kesian kat diri sendiri..

ohh belum register prepaid lagi. before Dec kan? sabtu ni, mak ajak balik rumah nenek kejap nak berbuka kat sana. lama dah tak balik kampung. walaupun kampung saya taklah jauh mane pun. hari ahad nak shopping raya dengan faez. yeay!!!

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: