Skip to content

The late (a bit) update

September 23, 2008

And so I missed my Monday night’s routine -> to post an entry for my weekly update. Hehe. Korang ingat rutin ape?😉

Last Saturday, the husband & I went for another house-hunt, and this time was for real. We were very much interested in this particular apartment in Puchong area, in fact we’ve been eye-ing it since last year. The place is nearer to my office = more energy, petrol & toll fee can be saved!, very much accessible from everywhere = strategic locations, spacious layout & attractive design, and on top of all, its within our budget!! We visited the sales office, checking on the price and available units, asked MANY questions, went to see the show unit, took pictures, went home, discussed with the parents, and the rest is history. Hehehe. We even called adik Surayatul,si Dibot the sales agent.😉

Finally, after considering everything, we went to the sales office again yesterday and paid the booking fee! So we’ve officially taken the first step in owning a house! This is HUGE for us. The letter of offer is already with us, right now we are waiting for the lawyer to prepare the S&P agreement, pay the remaining downpayment,bla bla bla, and since we’re going to take my staff housing loan (an advantage for us as I’m a Bank staff), I hope the process in getting everything done will be much more faster & easier. We are looking at it as an investment for the coming five to ten years. This is way better than paying a house-rental fees every month. And since in terms of location-wise, it’s an ideal place, I dont think we’ll have a hard time selling it in the near future, InsyaAllah. The hand-over should be on coming November, so bajet-bajet early next year la kot baru boleh masuk. Will put up the pictures a little later.

At the show unit

At the show unit

The master bedroom

The master bedroom

-)

Ours is in the middle🙂

Secondly, the husband has tendered his resignation with the current company. He got better offer with better pay & allowances of course, slightly better working hours hehehe, better working place – not KL, so we wont need to go through all the troubling traffic jams anymore soon. The only downside is maybe the medical benefit. But luckily he has my ING entitlement for spouse , which clearly is good enough. Hehehehe.

The husband has been unwell since Sunday morning. Blame me, coz I unintendedly passed him my fever! Kesian sayangku. I fall sick on Saturday, went to the doc in the afternoon, had three rounds of the meds, and I was back to normal. He is on two days MC until today. Dah 2 klinik pergi ni, so harap-harap by tomorrow morning, he can be as fit as before. Tak tenang saya di ofis di buatnya..😦

Went back to Seremban too on Saturday. My mom asked us to come back this coming weekend because my siblings will be home for Raya, but I’m not sure.. Since I’ve promised my husband to settle things in our house this weekend – changing the curtains, vacuuming & mopping the house, etc. Sedih sikit sebenarnya, tapi sebab dah janji pada suami, dan tak boleh derhaka kalau suami kata tak boleh. Takpelah, saya redha.🙂 And this Hari Raya, on 1st Syawal, I’ll be with my in-laws in Shah Alam. Mak saya pun dah call Mama Encik Husband suruh ambil saya beraya satu hari raya kat Shah Alam. Hehehe. Raya kedua kami balik Seremban. Takdelah sedih sangat sebab Shah Alam & Seremban dekat. Dan Alhamdulillah, lepas baca artikel ni, saya rasa lebih memahami dengan apa yg perlu saya utamakan selepas bergelar seorang isteri.

Taken from Berita Harian.

Seorang wanita apabila diijabkabulkan maka jatuhlah tarafnya daripada seorang anak kepada seorang isteri milik seorang suami. Oleh itu syurganya berpindah dari telapak kaki ibu kepada tapak kaki suami.

Sebab itu Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan, “jika seorang manusia boleh menyembah manusia maka aku mahu isteri menyembah suaminya” ungkapan ini disokong pula dengan pesanan kepada isteri bahawa “mentaati Allah dan Rasul serta suami sudah melayakkan isteri memilih masuk ke syurga dari pintu mana pun.” Ini bermakna suami adalah tuan kepada seorang isteri, selagi suami itu mentaati perintah dan meninggalkan larangan agama. Peringatan agama lagi, dilarang wanita keluar rumah tanpa izin suami. Malah, dikisahkan seorang isteri yang ditinggalkan suami kerana pergi berperang dan dia dipesan jangan turun ke rumah ibu bapanya di tingkat bawah tanpa kebenaran suami. Kesudahannya ayah wanita itu meninggal dunia, dia tidak dapat mengunjunginya kerana mentaati perintah suami yang pergi berperang.

Ketika dikhabarkan kepada Nabi Muhammad SAW kisah itu maka Nabi mengatakan beruntunglah si ayah berjaya mendidik anak yang mampu mentaati suaminya hingga pada malamnya Nabi bermimpi si ayah dilepaskan daripada seksa kubur hasil didikan dan ketaatan anaknya kepada suami. Melihat pada kisah puan, saya harap puan ikutlah perintah dan hasrat suami. Ingatlah bahawa tindakan kita itu akan menyenangkan hati suami sekali gus membolehkan kita masuk syurga, dan suami dapat menemui ibunya. Ini adalah amalan terbaik buat isteri kerana syurga suami adalah pada ibunya.

Mengapa setelah penat beribadah, berpuasa sebulan mendapat mahfirah, rahmat, ampunan dan janji syurga dari Allah, tiba-tiba sambutan Aidilfitri (kembali pada fitrah/ kebersihan dari dosa/seperti bayi yang baru dilahirkan) kita merancang untuk menempah neraka kerana melawan kehendak suami.

Pada pandangan saya, suami berusaha mencari reda ibu bapanya kerana mahu jadi anak yang didoakan dan diberi keampunan orang tuanya. Rentetan daripada itu, puan juga dapat limpahan restu doa kesejahteraan daripada ibu mentua. Sebab itu jugalah isteri wajib menjaga ibu mentua daripada ibunya sendiri. Sebab itu dalam agama anak lelaki wajib menjaga ibu bapanya. Anak perempuan hanya sunat saja menjaga ibu bapanya, itupun jika dibenarkan oleh suami. Maka berdasarkan saranan agama maka puan tidak ada pilihan untuk taat dan ikut suami pulang ke rumahnya. Kemudian baliklah ke rumah orang tua puan jika direstui oleh suami dan cukup kemampuan. Jika tidak mampu dan tidak cukup maka wajar berhari raya di mana saja. Dari kecil sehingga berumah tangga, puan sudah berhari raya dengan ibu bapa sendiri, maka ikutlah perintah dan gembirakan suami demi keberkatan dalam kehidupan. Puan, sambutan hari raya di mana saja adalah sama, matlamatnya mensyukuri kejayaan menjalani ibadah puasa.

Tindakan pulang ke kampung sendirian tanpa kebenaran suami dilarang agama. Raya entah ke mana, berdosa pasti dan jika tidak dapat restu daripada suami, dibimbangi berlaku kejadian yang tidak diingini. Jangan disebabkan hendak sambut raya bersama ibu bapa sendiri, hubungan jadi renggang, hati luka dan kita dianggap isteri yang durhaka pada suami serta Tuhan. Jika ini berlaku ibadah puasa sebulan mencuci hati, perasaan dan minda jadi tidak bermakna. Untuk apa sibuk menyambut raya, jika hilang ketaatan pada suami dan Allah. Ingat puan, reda Allah ada dalam reda suami. Murka Allah ada dalam murka suami. Maka buatlah pilihan dengan bijak agar hubungan tidak retak hanya disebabkan isu balik raya. Apa maknanya menyenangkan keluarga sendiri jika diri berdepan dengan keingkaran pada suami. Lebih baik fikir dulu, agar tidak menyesal pada kemudian hari. Jangan tunggu nasi jadi bubur, jangan dah terantuk baru tengadah. Bangunkanlah ciri-ciri isteri yang salih kerana pasti balasannya syurga. Berhari rayalah asalkan berada di samping suami tersayang. Jangan tukarkan bahagia jadi derita hanya kerana keras kepala kita yang tidak berasaskan kehendak agama. Semoga terus “kembali kepada fitrah” memburu bahagia di Syawal mulia. Selamat berhari raya di samping suami dan anak tercinta. Jangan kerana memburu kaca lalu anda abaikan mutiara.

Thanks sayang, for reminding me on my responsibilities. Maafkan isterimu atas kelalaiannya. I love you so much.😀

Baju raya sendiri dah beli. Baju raya suami jugak yg belum. Ni belum ada baby lagi.🙂

Ok. Till then. Selamat berbuka untuk kesekian kalinya. Dan selamat mengejar Lailatul Qadar.

29 Comments leave one →
  1. September 23, 2008 5:03 pm

    gilaaaa panjang entry..ILIKE!!
    da beli umah…jadi ko berjiran laa dgn ur fren..uuuuuuuuuuuuuu
    dimaner tu? aku pon nk house hunting ni?

  2. suraya permalink
    September 23, 2008 5:03 pm

    hmm..haritu ayahku suruh ikut beraye with family.thought he forgot im already married =( me too 2 nd raye balik tampin.

  3. September 23, 2008 5:06 pm

    hahahahaha. kecohla ko. tak monyompat eden nak edit😉 sekali skalo updet konolah panjang sket oit.wah? who’s my fren? am i missing sumthing? hahaha bulan puasa tak bek tipu.weh aku beli area tak hip dan tak hop.ko nak house-hunt area damansara yg melarakan poket, at least for me la.hehehe.

  4. September 23, 2008 5:11 pm

    surayatul – takpe, jangan sedih-sedih. baca artikel yg aku letak kt atas tu. yang penting,kita beraya asalkan di samping suami tersayang.nak jadi isteri solehah kenalah berkorban sikit.🙂 terharu giler aku bagi komen ni kat ko.sob sob.

    next yr balik kampung kite lak bebeh!!!

  5. Suraya permalink
    September 23, 2008 7:11 pm

    Huhu.aku kalo time raye ni ayah aku memang semangat sampai nk p beraye umah due2 besan.die duk plan mcm raye dulu.smpi dibah duk ingatkan kt ayah aku ni dh kawen kene raye kg suami jgk.sedih wooo

  6. September 23, 2008 10:57 pm

    ehh ok ape…shah alam ngan seremban tu dekat je…besnyeee beli rumah…next step adelah mendapatkan bundle of joy laa kan…all the best mizah…ade rezki tu…aminn…

  7. September 24, 2008 2:45 am

    kerana syurga di tapak kaki suami la daku di sini beraye tanpa family 3 tahun berturut2 n akan berulang 5,6 tahun agi.. lagi sedih tau. at least kamu, kamu dan kamu boleh bergilir2 balik umah mase raye. nasib badan.. huhuhu, terharu tak..

  8. September 24, 2008 8:28 am

    waaa… at least Shah Alam seremban dekat… terengganu – jb?😦

    mase memule dlu bile tahu (kene beraya kat ganu), cool lagi…tp bile dh dkt2 nk raya nih… sedihla plak.
    i cant imagine myself calling home early morning 1 Syawal.

    tp bile bace komen Kak Mijah neh;
    “yang penting,kita beraya asalkan di samping suami tersayang.nak jadi isteri solehah kenalah berkorban sikit”
    — yeah…true.moga kita akn jd isteri2 yg solehah🙂

    Selamat mencari cintaNya~!

  9. September 24, 2008 9:38 am

    suraya – eleh tampin subang dokek yo.jgn sedih2,walaupun aku pun sedih gak skit sbenanye..😉

    ali – ade rezeki ni beli rumah dulu.sementara harga rumah masih mampu dimiliki. yeay bundle of joy la yg aku tunggu-tunggui! thanks babe.insyaAllah..Ameen.

    mek mur – terharuuuu!!! aku memang kagum giler dengan kamu! aku bersyukur walau apepun aku still dapat balik rumah family aku kan.dan yg paling penting aku beraya dalam negara sendiri.ok jgn sedih-sedih mek. jgn nangis bace entry aku ni..🙂

    puan kopi – ok kak,kite kena isteri yg tough. hehehe. :-)tulah, sama-samalah kita berusaha menjadi seorang isteri yg solehah dan diredhai-Nya.

    alor awak buleh kelik kg awak kat kelate gak.😀

  10. September 24, 2008 10:20 am

    hehe.. aku pun mcm aida… PD-KB jauh tu~. Mula-mula plan lepas kawin, raya 1st ni raya kat KB, tp plan berubah sbb aku pregnan. Kalau 1st raya nak raya kat KB, nanti jalan jem giler (menurut kata en. pikin yg berpengalaman), campur dengan berjam-jam nak pegi kelantan, dia taknak la aku duduk lama-lama dalam kereta. Lgpun aku tgh mabuk lagi skang. So raya ketiga baru balik kelantan, time tu jalan tak baper jam dah.

    Aku? hepi je raya kat PD.. hahaha~~

  11. September 24, 2008 10:36 am

    weekkss ko mak buyung takpelah pak pikin kenalah memikirkan tentang keadaan ko.jage-jage sediakan plastik muntah banyak2 skit dalam kereta sempena perjalanan pulang ke kelate nanti.hehehehe.🙂

  12. shera permalink
    September 24, 2008 12:57 pm

    cik kopi : i cant imagine myself calling home early morning 1 Syawal—-> my mum married for 27 years pun nangis bila dia call adik beradik dia masa 1st syawal..huhuhu

    mizah darling : open hse raya kita itu jadikah? hehehe dah beli umah…baguss..it’s a good asset my dear..the husband keje mane now? P&C ke? heheh nnt kita gosipsss

  13. asnaida permalink
    September 24, 2008 1:01 pm

    Selamat ari raye, maaf zahir batin buat teman2 ku,

    Khas buat puan2 sekalian, semoga dimurahkan rezki, InsyaAllah korg dpt anak2 yg soleh dan solehah, AMIN,🙂

    Pada rakan2 yg lain, SELAMAT ARI RAYE, harap maaf, dan halalkan mkn minum sy yer

    Selamat pulang berhari raye, sy confirm la balik ipoh, hehehe,😀

  14. September 24, 2008 1:26 pm

    shera sayang – insyaAllah open hs raya kite tu menjadi,dah dapek greenlight from the husband hehe.yg ade suami bwak suami,yg ade bf bawak bf supaya husbandku ade genglah nak borak2 nanti.
    tarikh tu kite discuss nanti ok.either weekend 11/12 or 18/19.tak sabar nak gossips jugak!😉 so ape resepi kamu nak baawak?

    Cik Haidah – terima kasih! ucapan hari raya pertama yg saya terima. Selamat Hari Raya kepada kamu jugee. Saya mintak maaf zahir dan batin, halalkan makan & minum terkasar bahasa. ko dah nak balik cuti ke ni cik kak? bawak kete balik ipoh elok2.jgn nak merempit je!!😀

  15. September 24, 2008 2:51 pm

    alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa my fiance wont b around…x aci..

  16. September 24, 2008 3:52 pm

    heheeheeee takpelah next year aje ok bwk laki hang..

  17. September 25, 2008 11:51 am

    mizah d hall sgt cantik….wowweee d swimming pool bole laa ko berkuak lentang..

  18. fiza permalink
    September 25, 2008 1:24 pm

    selamat hari raya mizah and faez…🙂 bestnya nk beli rumah dh… congrat

  19. nis permalink
    September 25, 2008 2:12 pm

    Hi. Was blog hopping tetiba nampak ur entry ni. Is that Nilam Puri Condo?

  20. nisa permalink
    September 25, 2008 3:21 pm

    the only reason aku n suami tak beli apartment is due to parking problem utk sedara mara dtg melawat nanti huhu sbb both parents bising kene parking jauh nak dtg umah huhu
    sedih because i love swimming pool!! have to let go the rental apartment:-(
    btw nice apartment! bole la lpas ni gathering kat umah ko sambil berendam d pool membuat terjunan nyamuk tiruk!

  21. September 25, 2008 5:12 pm

    yanadey – kuak lentang apenye,aku apungkan badan pun tak reti.kuak katak boleh kot.hehehehe! ataupun aku cume merendam kaki je kat tepi.

    fiza – selamat hari raya kepada awak juga! datanglah shah alam beraya rumah kami ye..😀

    Nis – yes, that is Nilam Puri.🙂

    nisa – a’ah i think thats the only downside.tapi takpelah awal2 kawin ni beli apartment jela yg mampu di poket. :-)hehe kalau parents dtg,kenelah gi jemput naik kete kat guard hs.a’ah buat gathering boleh aje di sini,kita boleh buat kat clubhouse depan swimming pool ade multi-purpose hall.sambil bergosip sambil menerjun!😉

  22. umie permalink
    September 25, 2008 5:21 pm

    congrats mizahhh..dah beli umah.wowie..hebat la ko.doakan ada rezki aku gak nak beli umah..wowieeeeeeeeee

  23. September 25, 2008 8:06 pm

    Wow.. that aprtmnt so niceeee!!!!
    kat sini ade satu area kt Sg Ara – the place called Springfield… nice sgt ade pool, ade gym and the aprtmrnt was like 5 storey gitu.ingtkn nk survey, tapi niat tu terbantut bile kiteorg discuss semule pasal nk bli umh kat mainland. mind u, aprtment kat sini pn bole cecah millionsssss… huh.nk bli landed properties, mmg kene tggu jadi manager lah bru bole bli😦

    i like the master bedroom. cantteeeeekkkkkkkkk!!!

  24. September 26, 2008 10:17 am

    umiecharm – tak hebat pun wekkks.ade rezeki lebih skit.insyaAllah aku doakan kamu pun dimurahkan rezeki dapat beli rumah tak lame lagi.🙂 woowwwiiiiiieeeeeeeeee

    kak kopi – tulah kan kena tunggu jadi manager dulu hehehe.kalau ikut memang nak cari landed house.tapi gamaknye bulan-bulan ribu riban lah bayar. ala show unit mestilah cantik.kitorg igt pun nanti nak buat cam show unit.letak cermin besar-besar dan banyak2 kasi rumah nampak luas. hehehe.

  25. erinchunk permalink
    September 26, 2008 10:38 am

    cantiksla rumah tuu!!🙂 wahh tahun ni beraya ngan encik hubby tersayang😉 selamat hari raya!!!sorry for everything!! xx

  26. September 26, 2008 12:28 pm

    thank you cik! saye nak buat entry Hari Raya ni.nanti wish lagi skali kat entry raye sayyeeeee!🙂 hehehehehheeeeee

  27. nis permalink
    September 26, 2008 4:05 pm

    oooo nice one. nanti kita jadi neighbour satu area. My husband and I bought Parkville townhouse. Same developer dgn Nilam Puri and dekat2 area tu jugak.

  28. September 28, 2008 6:13 am

    Cik mZah!!

    Salam Aidilfitri darlinggg!!!

    Semoga happy2 raye tahun ni with Faiz..

    Maafkan segale salah silap selame ni k???

    Enjoy Raye!!

  29. September 29, 2008 2:14 pm

    Nis – oh i know parkville townhouse tu. berjiranlah kita nanti.🙂

    Athirahku! salam Aidilfitri to u too! InsyaAllah aku doakankan happy2 juga beraya bersama famili tercinta.thirah, saya mintak ampun salah silap selama juga..love u bebeh!😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: